BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, May 12, 2010

7 Langkah Mencuci Tangan



Mencuci tangan adalah salah satu cara untuk menjaga kebersihan diri. Tambahan pula, seluruh dunia kini sedang dilanda dengan penyakit terbaru iaitu Influenza A(H1N1). Oleh itu, mencuci tangan adalah cara terbaik untuk mengelakkan daripada diri kita dijangkiti pelbagai penyakit.

7 Langkah Mencuci Tangan dengan Air dan Sabun.


1. Basahkan tangan dan ratakan sabun dengan
sempurna.
2. Gosok kedua-dua tapak tangan
3. Gosok setiap jari dan celah jari.
4. Gosok kuku di tapak tangan.
5. Gosok belakang tangan dan celah jari.
6. Cuci tangan dengan air bersih.
7. Keringkan tangan dengan kain bersih atau tisu.



http://h1n1.moh.gov.my/pencegahanCuciTangan.php

Tuesday, May 11, 2010

Amalan Kebersihan Diri : Cerminan Peribadi

Kebersihan diri merupakan amalan yang dilaksanakan dalam kehidupan seharian, sama ada kebersihan jasmani dan rohani. Kedua-dua perkara ini tidak boleh dipisahkan sekiranya kita ingin mendapat kejayaan dan keselesaan, kerana kebersihan melambangkan keteguhan iman seseorang kepada Allah s.w.t. Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud :

" Kebersihan itu sebahagian daripada
IMAN"

Salah satu ajaran dan contoh teladan yang diajar oleh Rasullulah s.a.w kepada kita semua ialah amalan menjaga serta memelihara kebersihan diri. Rasullulah s.a.w amat mengambil berat tentang penampilan dan kebersihan diri. Baginda juga memelihara kesihatan dan kebersihan diri dengan membuang segala kekotoran di badan dan sentiasa berusaha agar sentiasa kelihatan kemas dan bersih.

Amalan kebersihan hendaklah dijadikan sebagai budaya dalam kehidupan kita. Islam bukan sahaja menitikberatkan aspek kebersihan diri malahan turut mengambil berat tentang kebersihan tempat tinggal, pakaian, tempat ibadat, serta tempat-tempat awam seperti restoran dan sebagainya.

Amalan menjaga kebersihan diri juga menjadi aspek cerminan keperibadian individu. Penampilan diri individu yang kemas dan bersih memberikan first impression terhadap peribadi individu tersebut. Individu yang bersih akan mudah di dampingi oleh orang lain kerana mereka berasa selesa apabila bekerja atau belajar dengan individu tersebut. Oleh itu, kita perlulah menjaga kebersihan diri yang bukan sahaja dapat memberi keselesaan kepada diri sendiri tetapi juga dapat memberi keselesaan kepada orang di sekeliling kita.